Bercerita tentang sem 3, saya begitu teruja pertama kali dapat mengambil sem 3 sedangkan sebelum ni keadaan kewangan tidak mengizinkan. Dan impian saya, mahu menamatkan pengajian dalam tempoh 3 tahun setengah.

Hanya 3 subjek yang saya ambil, mengumpulkan 5cr hours, mungkin sangat rilek. Memang rilek tapi tidak tahan dengan subjek yang tempohnya 3jam sekali harung.Subjek yang saya sangat suka untuk mendalaminya"Maqasid Syariah".

Saya melihat rasional ataupun tidak tempoh masa yang ditetapkan iaitu 3 jam, saya menyangka tempoh itu berlalu dengan indah, belajar 45 minit, rehat setengah jam dan berbaki45 minit seterusnya.

Ternyata sangkaan saya meleset sama sekali, 3jam bermula jam 2 hingga jam 5 tanpa henti! Waa, saya dengar pakar-pakar motivasi sebelum ini berkongsi cara belajar yang efektif, paling lama minda kita mampu berfungsi dengan baik untuk menerima input selama satu jam, perlu rehat seketika dan boleh disambung semula.

Mungkin sesetengah pensyarah memberi ruang kepada pelajar untuk merehatkan minda, namun tidak bagi kelas saya,yang situasi akhir yang mampu saya lihat ialah pelajar hanya mengangguk tanpa memahami apa yang diajarkan.

Bila pensyarah bertanya.."Hal haza sohih?"
"sohih........."
pelbagai intonasi suara yang saya dengar....yang lemah dan longlai, kemudian tersenyum..

"Antum ma'ie?"
"Na'am......."
Huhu, hanya jasad di situ...

Kesian kat pensyarah, kesian kat kami juga...

Mungkn perkara remeh yang saya utarakan,namun kesan yang sangat besar terhadap penerimaan sesuatu ilmu.

Mungkin pihak UIA boleh mengkaji siatem ini, boleh saja mahu ditetapkan 3 jam sekali harung, cuma perlu relevan dan rasional dari sudut pelaksanaannya:
1. Pihak UIA menetapkan atau "menstandardkan" cara pelaksanaan cth 45 minit pertama belajar, rehat setengah jam dan menyambung 45 minit sesi kedua.

OOOh, saya tidak tahan 3jam sekali harung...tolonglah wahai UIA....
dan saya hampir menangis minggu pertama saya mula belajar sem 3...

"KITA MAHU YANG TERBAIK UNTUK HASIL YANG LUAR BIASA BAIK"

3 comments:

salam kakak...setuju2....hu2

salam muslimah leo..
adik setuju ye..huhu. tapi kena usahakan biasakan diri jugakkan,,kita cabar zon selesa kita...-)!

erm btul..cabar zon selesa kita..berusaha untuk ubah kebiasaan..saya di kuliah memula gelarkan kelas kami tu seminar ..but try to enjoy the study...walaupun pakar motivasi kata input leh timer 45 minit..tapi actually minda kita yang set kan limit...so now..kitaorg pnah kelas more than 3hours..n ade sesekali 4hours berterusan...once kita setelkan limit otak kita..insyaallah setel..cuma part study kene dasyat skit la..coz one week will finish one topic..ala kullihal..buktikan tarbiah menjadikan kita kental dan redha dengan apa cabaran yang datang n mampu menjadi luar biasa..wassalam

Post a Comment


Al-Wajibat Akthar Min Al-Auqat

Al-Ayyam fi Hayati

About this blog

~RADZIAH ABU BAKAR~



KEEP LEARNING

CERNA MINDA

Kekuatan jiwa itu diterjemahkan dalam tekad membaja yang tidak pernah lemah
Kesetiaan teguh yang tidak dicemari pengkhianatan pengorbanan yang tidak terhalang oleh keserakahan dan kekikiran
Pengetahuan dan keyakinan serta penghormatan yang tinggi terhadap ideologi yang diperjuangkan

Jiwaku~Bait Solehah~

  • Dayang Nur Fitriana
  • Dewi Ratu Norasyikin
  • Halimah
  • Haryani
  • Khairunnisaa'
  • Lina Marhaini
  • Nazirah
  • Nik Nadia Izyan
  • Sylati
  • Wan Mazni

AKU PUTERI

~Patuh pada Tuhannya (ALLAH)
~Mencintai Kekasihnya (Rasulullah)
~Taat ibubapanya
~Qudwah terhadap bawahannya
~Meneladani atassannya
~Prihatin terhadap sahabatnya
~Mengasihi yang lebih muda
~Menghormati yang lebih tua
~Penuntut ilmu yang ikhlas
~Pekongsi ilmu yang tak pernah lelah

(Ya Allah, bentuklah aku menjadi insan sebegini)

LANGKAH SRIKANDI

~Redha Allah matlamat hidupnya
~Luar biasa langkahnya
~Mati syahid cita-citanya
~Yang banyak menangis kerana penciptaNya
~Yang kental jiwanya
~Banyak berkorban untuk perjuangannya

(Ameen, kabulkan Ya Allah)

Followers