KASIHNYA AYAH…BERKORBAN SEGALA
Hati dan fikiranku tak lekang mengingati ummi dan abah. Entah mengapa, minggu terakhir aku di UIA se m ini, hatiku rasa sangat rindu pada ummi dan abah. Mungkin sudah lama tidak bersua agaknya. Sungguh, cintaku, kasihku, sayangku telah tumpah sepenuhnya pada dua insan yang sangat kusayangi ini, kedua-duanya permata hatiku, jantung hatiku…
Hatiku menjerit bagai mahu pulang segera ke kampung halaman, peluk dan cium mereka, namun taklifanku menuntutku “bertapa” seketika di UIA sehingga tiba 20 Nov. Ah, lama sungguh masa yang berlalu.
“Jinah sorang je yang ucapkan selamat hari lahir kat abah” –ini mesej yang kuterima dari adikku yang berada di rumah, mengingatkan padaku bahawa hari itu adalah hari lahir abah.
Astagfirullah al-Azim, aku beristighfar, air mata hampir menitis, namun sempat kuhalang dari mengalir. Betapa lekanya aku hingga langsung terlupa hari istimewa abah. Leka dek kerana tarikh keramat itu merupakan hari terakhir peperiksaanku, paperku yang last. Mungkin terlalu gembira, aku terlupa hari itu juga adalah hari lahir abahku.
Terus, hatiku tidak tenang pada malam tu, sehingga usai solat Maghrib, aku mendoakan dengan penuh rasa sayu, moga Allah sentiasa menjaga dan memelihara kedua insan kesayanganku..betapa aku berasa lemah dan hina di hadapan Tuhanku, memohan moga dikurniakan yang terbaik buat insan kesayanganku. Air mata begitu murah saat itu.
Abah, terima kasih kuucapkan atas segala pengorbanan yang telah abah berikan pada kami anak-anakmu. Tak pernah aku dengar keluhan darimu, penat atau lelah, sesungguhnya abah, dirimu telah melaksanakan tanggungjawabmu sebagai seorang abah, ketua keluarga sebaiknya.
Abah, terima kasih telah mendidik kami anak-anakmu, terima kasih kerana telah mengajar aku menjadi insan tabah. Sungguh, bangga sekali memiliki abah terbaik sepertimu.
Moga Allah merahmatimu, memberkatimu, dan mengurniakan yang terbaik buatmu, abah…
SAYANG SELALU…ANAKMU
Salam imtihan. Alhamdulillah, 1 paper daripada 6 dah lepas, masih berbaki 5 papers. Rata-rata kampus sekarang disiukkan dengan final examination yang sering menjengah di hujung sem. Seminggu sebelum final menjelang adalah minggu yang paling menyesakkan dan menyerabutkan, Al-maklumlah, time tu baru nak siapkan last minute assignment dan lain2.
Sebaik saja melangkah ke fatrah final exam, inbox akan dipenuhi mesej ucapan najah dan goodluck, fenomena biasa saban waktu, mesej sejenis yang bermusim.Tapi, ada yang berpendapat, ada yang ada pada exam? dunia semata, belajar bukan untuk exam, tapi untuk menuntut ilmu...hmm?
EXAM ITU URUSAN DUNIA...
Hmm, perlukan saya menyanggah pendapat sebegitu? Exam dan dunia begitu sebati. Cuma sekadar menyatakan pendapat peribadi. Saya kira amat kurang enak didengar andaikata ada mulut-mulut yang mengatakan bahawa exam itu urusan dunia, tak perlu dititikberatkan. Saya membuka peluang seluasnya, dan memberi ruang dan hak kebebasan kepada mana-mana individu untuk berpendapat sedemikian, namun saya juga punya pendapat yang mahu saya utarakan.
EXAM+DUNIA=AKHIRAT
Bukankah biasa kita mendengar ungkapan kata "Dunia ini ladang akhirat"? saya yakin dan percaya, semua mafhum akan rungkaian kata ini. Bagaimana mahu dikaitkan dengan isu exam ini?
Jika boleh saya mahu mengajak pembaca budiman sekelian, untuk membuka mata dan minda kita seluasnya. Tujuan asal kita belajar tinggi-tinggi adalah untuk menambah ilkmu di dada. Namun, sikap kita penunut ilmu hari ini jauh berbeza dengan ulama dan tokoh cendikiawan dahulukala. Tokoh dahulu kala amat sedar akan kepentingan ilmu lantas bersungguh-sungguh mendalami setipa ilmu yang dipelajari. Hatta, kalau ada exam sekalipun mungkin tidak memberi apa-apa manfaat.
Namun kita hari ini, agaknya kalau takde peperiksaa, agaknya lah kita dalami tak ilmu yang dipelajari? Mungkin ya, mungkin tidak. Ya bagi mereka yang benar memahami akan kepantingan ilmu tapi tidak bagi kebanyakan orang yang masih belum memahami sebetulnya akan kepentingan ilmu.
Jadi saya beranggapan, exam itu satu wasilah bagi memastikan kita cuba untuk fokus, sekurang-kurangnya cuba mendalami ilmu yang dipelajari walaupun dalam keadaan terpaksa.
Sebagaimana seorang student diuji dengan exam untuk menilai sejauh mana pemahaman tentang sesuatu ilmu, begitulah juga tamsilannya apabila manusia diuji oleh Allah untuk melihat sejauhmanakah tahap keimanan seorang hamba.
Tuntasnya, exam pun punya peranan terutama bagi insan yang malas belajar seperti saya kecuali bila didesak..=)
Akhirnya, terus bersemangat menuntut ilmu, putus asa jangan sekali, bertawakkallah setelah berusaha. moga dengan rahmat Allah, kecemerlangan menjadi milik kita lantas Islam pun berjaya melebarkan syiarnya dengan kecemerlangan umatnya...ameen.
عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال: كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يوما فقال: يا غلام إني أعلمك كلمات: احفظ الله يحفظك، احفظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء، لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيئ، لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف. رواه الترمذي. وقال: حديث حسن صحيح.
وفي رواية غير الترمذي: احفظ الله تجده أمامك تعرف إلى الله في الرخاء يعرفك في الشدة، واعلم أن ما أخطأك لم يكن ليصيبك وما أصابك لم يكن ليخطئك. واعلم أن النصر مع الصبر وأن الفرج مع الكرب وأن مع العسر يسرا.
TERJEMAHANNYA:
Dari Abi Al-Abbas Abdillah bin Abbas radiyallahuanhuma katanya: Pada suatu hari adalah aku di belakang Nabi sallallahualaihi wasallam, lalu baginda bersabda: Hai Anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan. Peliharalah Allah, nescaya Ia pelihara engkau. Peliharalah Allah nescaya engkau dapati-Nya di hadapan engkau. Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila engkau memohon, maka pohonlah pertolongan itu dengan Allah. Dan ketahuilah! Sesungguhnnya umat itu kalau mereka berkumpul untuk member manfaat kepada engkau dengan suatu, tidaklah mereka dapat memberikannya kepada engkau kecuali dengan suatu yang sudah dituliskan oleh Allah atas engkau. Dan jika mereka berkumpul untuk membahayakan dengan suatu, tidaklah mereka dapat membahayakan engkau kecuali dengan suatu yang sudah dituliskan oleh Allah atas engkau . Diangkatkan segala pena dan telah keringlah pula segala buku. Diriwayatkan oleh Tirmizi, dan katanya hadith ini hasan sahih.
Dan pada riwayat selain Tirmizi ada disebut: peliharalah Allah, nescaya engkau dapati Allah di hadapan engkau. Kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Dia kenal engkau pada waktu susah. Dan ketahuilah! Sesungguhnya apa-apa yang (ditakdirkan) tidak datang kepada engkau, tidaklah ia kena pada engkau. Dan ketahuilah! Sesungguhnya kemenangan itu beserta kesabaran. Dan sesungguhnya kelapangan itu beserta kesusahan. Dan sesungguhnya beserta susah itu ada senang.
"I went to Paris and I found Islam without Muslim, I went back to Cairo and I found Muslim without Islam" Syeikh Muhammad Abduh.
Muslim U-Turn, mampukah direalisasikan?
Muslim U-Turn, satu frasa yang boleh dipelbagaikan tafsirannya, samada dari yang buruk kepada yang baik atau dari yang baik kepada yang buruk.
Namun bilamana U-Turn itu ditujukan kepada Muslim, sudah pasti persoalan yang berlegar dalam benak fikiran masing-masing ialah mengembalikan Muslim kepada jaditiri muslim sebenar, iaitu mereka yang mengiktiraf hukum Sunnatullah dan Syariatullah.
Mengapa perlu "Muslim U-Turn"?
Kian hari kecemerlangan kebanyakan muslim telah diragut dengan rakusnya. Kecemerlangan muslim kian tenggelam dan cara hidup Islam tidak seratus peratus terpacak dalam diri individu muslim. Akhirnya kecemerlangan itu diraih riang oleh non-muslim.
Disiplin tinggi yang sepatutnya diamalkan oleh muslim telah diabaikan, namun sebaliknya non-muslim berjaya mengamalkan cara hidup berdisiplin yang membawa mereka mampu meraih kejayaan dalam hidup.
Maka, tanpa penafian, benarlah rantaian kata yang diungkapkan oleh Syeikh Muhammad Abduh:
"I went to Paris and I found Islam without Muslim, I went back to Cairo and I found Muslim without Islam"
Oooo Muslims...wake up!!!
Ada golongan muslim yang sangat buruk attitudenya dan performance kerjanya.
Ada juga yang buruk attitudenya tapi performance kerjanya sangat cemerlang.
Ada yan baik atttudenya tetapi buruk performance kerjanya.
Terakhir, ada yang cemerlang attitudenya dan performance kerjanya.
Jadi, kita di mana???
Ayuh, samaa-sama kita termenung seketika, mencipta angan-angan untuk menjadi muslim terbaik dari segenap sudut, kita sulam angan-angan itu menjadi impian, dan kita bertindak supaya angan-angan tadi terjelma menjadi kenyataan.
"Faiza 'Azamta fatawakkal 'ala Allah"
Aku tahu Engkau Tuhanku adalah cinta agung
Aku pun mahu mencintai-Mu
Aku tahu mencintai-Mu amat perlu
Setiap kemuncak dari segala kebahagiaan
Aku berusaha ke arah itu
Tapi cintaku pada-Mu Tuhan selalu terganggu
Banyak yang datang mengganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempesona menggamit selalu
Diwaktu itu lupa kepada-MU
Cintaku jauh sekali
Sekali-sekala datang juga
Walaupun terasa indahnya
Kemudian lupa lagi
Adakalanya lupaku pada-Mu
Berpanjangan sekali
Kemudian sekali sekala sedar kembali
Kau cinta agung
Engkau patut dicintai
Selepas itu lupa lagi
Begitu cintaku pada-Mu Tuhan
Dengan kelalaian silih berganti oh Tuhan
Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan rahmat-Mu
Bantulah aku mencintai diri-Mu
Agar cinta yang palsu
Yang tulus sendiri
Itulah harapanku pada-Mu
Pertamaya saya ingan mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada sahabat saya kerana telah menukar template blog saya, pelbagai pandangan yang saya terima. Ada yang mengatakan tempalte ini cantik dan sejuk mata memandang, malah tak kurang juga yang mengatakan nampak serabut. Walau apa pun pandangan yang diberikan, yang pasti saya suka appearance sebegini. Syukran sahabatku, Mukmin.
Keduanya, saya perlu sentiasa ingat, hadirnya template blog ini, bersyarat, jika tidak template ini akan dihapuskan serta merta, syarat yang perlu saya patuhi ialah, UPDATE BLOG INI SEKURANG_KURANGNYA 2 HARI SEKALI. Wah, ini satu cabaran, dan saya, menyahut cabaran tersebut!Jadi posting saya kali ini sekadar memenuhi syarat tersebut.
Dan terakhir dari saya untuk semua, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Banyak mesej2 yang memenuhi inbox telefon saya dan saya mohon maaf kebanyakannya tidak berbalas. Bukan bermakna saya tidak menghargai, tapi saya punya cara yang berbeza....jeng3x.
Saya masig lagi dalam proses menambahbaik blog ini memandangkan banyak gadjet yang hilang, so blog ini masih belum sempurna sepenuhnya. Walauapapun, sama-sama kita berusaha untuk buat yang terbaik dalam apa sahaja kerja yang kita lalukan. TERBAIK!!!
Ramadhan datang lagi
Apa yang seronoknya Ramadan ini?
Ada yang berasa seronok kerana selepas Ramadhan diikuti dengan Hari Raya Aidilfitri
Namun adakan ia keseronokan sebenar Ramadhan?
~RAMADHAN TETAMU YANG DIRINDUI~
"Ramadhan yang padanya dturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah" - Al-Baqarah: 185
July 29 adalah tarikh terakhir saya "post" artikel di dalam blog ini. Alhamdulillah, kali ini saya berpeluang menulis pengalaman saya menjadi tetamu Palestin sesudah sekian lama hanya sempat menjenguk sahaja blog ini.
Tahniah kepada Al-Aqsa Friends' Society kerana menawarkan pakej pengembaraan ke Palestine dan syukur saya antara yang terpilih mengikuti pengembaraan tersebut. Sangat menarik. Bermula pengembaraan ini, saya didedahkan dengan keadaan Masjidil Aqsa dan sejarahnya, melihat bangunan kawasan sekitarnya, namun malang, Muslim tidak dibenarkan memasuki Masjidil Aqsa dan sekitarnya, hanya non-muslim dan muslim berusia 40 tahun ke atas sahaja yang diberi keizinan. Saya kecewa dengan peraturan sebegitu.
Lalu, saya dibawa menjenguk penjara yang menahan warga Palestin. Antara situasi penjara yang sempat saya saksikan ialah satu bilik kedap udara, yang begitu sempit, dinyalakan lilin untuk mengeluatkan karbon dioksida bagi menyiksa dan menyukarkan lagi banduan untuk bernafas, dinyalakan lampu bagi menyakitkan mata banduan. Seksa dan azab sebegini adalah untuk umum rakyat Palestin, tidak kira mereka melakukan kesalahan ataupun tidak.
Seterusnya, saya dibawa masuk ke "Gaza Tunel" atau terowong Gaza yang dugunakan untuk membawa masuk makanan dari luar kepada rakyat Palestine dek kerana mereka dihalang oleh benteng setinggi 8 meter yang diletakkan dawai elektrik di atasnya bagi menyukarkan aktiviti keluar masuk.
Saya diberitahu, kekadang pihak musuh akan melepaskan gas beracun ke dalam terowong tersebut yang boleh mengakibatkan kematian. Alhamdulillah, sepanjang pengembaraan saya, tiada gas beracun yang dilepaskan.
Sungguh satu pengalaman menyeronokkan dan menginsafkan.
Beberapa pengajaran yang boelh saya kongsikan dengan sahabat semua melalui pengambaraan ini:
1. Rakyat Palestin adalah antara yang terlama dijajah. Mereka sentiasa diseksa namun masih kuat meneruskan perjuangan. Walaupun hampir lebih atau kurang 60 tahun dalam keadaan sebegitu, iman dan taqwa meneruskan perjuangan tidak luntur. Boleh kita katakan, tentera Palestin adalah tentera terbaik abad ini.
2. Kita di Malaysia kebanyakkannya melimpah ruah dengan makanan, namun rakyat Palestin begitu sukar mendapat bekalan makanan. Semoga sempene dengan kehadiran Ramadhan ini menjadikan kita lebih insaf dan turut sama merasai penderitaan yang mereka tanggung. Mereka snggup bergadai nyawa untuk mandapatkan makanan namun kita sesuka hati membazir makanan.
3. Pernah seketika Gaza Tunel dilepaskan gas beracun dan mengakibatkan hampir 1600 nyawa terkorban. Subhanallah, hampir 3000 orang kelahiran baru dikurnaiakn bagi menggantikan yang telah pergi. Sungguh Maha Hebat percaturan Allah. Moga syahidlah mereka yang telah pergi, dan kita tunggu kelahiran generasi baru yang akan menggegar dunia yang turut memburu syahid.
Alfun Mabruk kepada Al-Aqsa Friends' Society IIUM atas usaha gigih menganjurkan kempen "Al-Aqsa in Danger" di perkarangan Masjid UIA Gombak. Satu usaha yang baik dan mulia, tindakan yang bijak mendedahkan situasi rakyat Palestin. Ayuh warga UIA, ambil peluang ini, moga bermanfaat kepada semua dan kepada pihak penganjur, moga Allah mengganjari.
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak, jadikan Madrasah Ramadhan satu medan mendidik diri ke arah yang lebih baik. Adakah ini Ramadhan terakhir bagiku?
"Abah, tadi dia minum air dalam botol. tak guna cawan."
"Bagitaulah dia, tak elok minum macam tu..."
"Abah tadi dia minum berdiri.."
"Pesan padanya, kalau nak minum duduk.."
" Abang, tadi abang minum berdiri, abang minum dalam botol tak pakai cawan, adik pun nak buat macam tu"
Maka jawab si abang,"Ish, mana boleh. adik kan kecil lagi, abang dah besar."
Lalu si adik terfikir,"Oh, masa kecil tak boleh buat macam tu, bila besar boleh buat.
Bila si adik tadi semakin membesar, dan mempunyai adik, dia berlagak seperti si abang tadi, dan menanam "fikrah" yang sama, budak kecil tak boleh buat, budak besar boleh buat. Bahaya bukan?
Seringkali saya menonton aksi begini, mana hikmhanya kita mendidik golongan kanak-kanak. Saya punya pengalaman sendiri, bermain dengan adik-adik saya seramai 5 orang, kadang-kadang cukup memeningkan kepala.
Suatu hari, pulang dari bandar, saya menjamah hidangan tengahari jam 7 malam,kelaparan. Saya meminta adik saya menemani saya makan, dijadikan teman berbual, sunyi dan "kesit" makan berseorangan.
Lapar...menjadikan saya lebih ingat akan rezeki kurniaan Allah, saya menadah tangan, membaca doa, adik saya memandang tanpa berkelip..tak sangka soalan yang ditanya olehnya..
"Kak, kenapa perlu baca doa? Baca Bismillah je pun boleh kan?"
"Hmm, boleh, tapi baca bismillah tambah denga doa makan itu lagi baik."
"Kenapa kena baca doa kak?"
"Farhana pernah tak, bila makan terlekat nasi dan tulang?"
"Pernah"
"Ha, tu tak baca doa la tuh."
"Ohhh..."
Aku mencari-cari jawapan yang boleh dia terima.
"Macam ni, kita baca doa tanda syukur kita pada Allah, masih mengurniakan rezeki untuk kita makan. Selain tu, kita baca doa supaya kita benar-benar dapat menikmati rezeki ini tanpa kesakitan(lekat tulang dll)."
"Oh,,lepas ni kena selalu baca doa lah ye..?"
"Mestilah."
Mendidik.dengan hikmah.
Saya terfikir dan kadang-kadang penuh berhati-hati dengan pertuturan dan tingkah laku di hadapan adik-adik. Saya berusaha sedaya mungkin, moga mereka mampu melihat sesuatu yang baik dari saya untuk mereka ikuti, bukan melihat sesuatu yang buruk untuk mereka teladani dan mencari khilaf diri,walaupun saya sedar saya bukan sempurna dan belum mampu menjadi kakak terbaik buat mereka.
"Serulah(manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah(keijaksanaan) dan nasihat/peringatan yang baik."
"TERUS BERLARI PENUH STRATEGI"
Bercerita tentang sem 3, saya begitu teruja pertama kali dapat mengambil sem 3 sedangkan sebelum ni keadaan kewangan tidak mengizinkan. Dan impian saya, mahu menamatkan pengajian dalam tempoh 3 tahun setengah.
Hanya 3 subjek yang saya ambil, mengumpulkan 5cr hours, mungkin sangat rilek. Memang rilek tapi tidak tahan dengan subjek yang tempohnya 3jam sekali harung.Subjek yang saya sangat suka untuk mendalaminya"Maqasid Syariah".
Saya melihat rasional ataupun tidak tempoh masa yang ditetapkan iaitu 3 jam, saya menyangka tempoh itu berlalu dengan indah, belajar 45 minit, rehat setengah jam dan berbaki45 minit seterusnya.
Ternyata sangkaan saya meleset sama sekali, 3jam bermula jam 2 hingga jam 5 tanpa henti! Waa, saya dengar pakar-pakar motivasi sebelum ini berkongsi cara belajar yang efektif, paling lama minda kita mampu berfungsi dengan baik untuk menerima input selama satu jam, perlu rehat seketika dan boleh disambung semula.
Mungkin sesetengah pensyarah memberi ruang kepada pelajar untuk merehatkan minda, namun tidak bagi kelas saya,yang situasi akhir yang mampu saya lihat ialah pelajar hanya mengangguk tanpa memahami apa yang diajarkan.
Bila pensyarah bertanya.."Hal haza sohih?"
"sohih........."
pelbagai intonasi suara yang saya dengar....yang lemah dan longlai, kemudian tersenyum..
"Antum ma'ie?"
"Na'am......."
Huhu, hanya jasad di situ...
Kesian kat pensyarah, kesian kat kami juga...
Mungkn perkara remeh yang saya utarakan,namun kesan yang sangat besar terhadap penerimaan sesuatu ilmu.
Mungkin pihak UIA boleh mengkaji siatem ini, boleh saja mahu ditetapkan 3 jam sekali harung, cuma perlu relevan dan rasional dari sudut pelaksanaannya:
1. Pihak UIA menetapkan atau "menstandardkan" cara pelaksanaan cth 45 minit pertama belajar, rehat setengah jam dan menyambung 45 minit sesi kedua.
OOOh, saya tidak tahan 3jam sekali harung...tolonglah wahai UIA....
dan saya hampir menangis minggu pertama saya mula belajar sem 3...
"KITA MAHU YANG TERBAIK UNTUK HASIL YANG LUAR BIASA BAIK"
Bersesuaian dengan isu yang beberapa minggu lepas hangat diperkatakan, namun tiada sebarang keputusan yang ditetapkan. Isu PPSMI kian sepi.Emm, bukan itu yang mahu saya katakan.
Pokoknya, mungkin boleh saya katakan PPSMI adalah salah satu agenda mereka untuk menghapuskan bahasa tempatan Umat Islam.Jika di Malaysia, rakyat berbangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu lebih sinonim dan kebanyakannya beragama Islam.Sebab itu saya katakan, PPSMI adalah satu agenda barat untuk menjatuhkan Umat Islam.
Jika dulu, saya masih kesamaran dalam isu PPSMI, sehingga saya tidak begitu sensitif dalam perjuangn membantahnya. Tapi setelah saya menjumpai fakta ini, barulah saya faham kenapa orang ramai sangat sensitif dengan isu ini. Dan kini, saya telah menjumpai jawapannya. Bagaimana cara halus mereka gunakan? Pendidikan. Contoh yang jelas dah ada di depan mata, PPSMI. Selain itu, media massa dan media elektronik juga berperanan besar. Kita saksikan kini kebanyakan drama Melayu lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak.
Malah individu sekeliling kita juga lebih suka dan berbangga menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan seharian, sehinggakan mereka merasa malu untuk bercakap menggunakan bahasa ibunda dan memandang jelek kepada mereka yang menuturkannya.
Zaman sekolah dulu saya sering mendengar sahabat saya menyatakan.
"manusia selagi tak kenal akan dirinya, maka dia takkan kenal Tuhannya".
Saya juga sering mengulang-ulang dengar rakaman ceramah motivasi Dr. Fazilah Kamsah, antara kenyataan yang saya ingat sampai sekarang..
"Sebelum tidur...maafkan semua orang."
Saya bertanya kepada sahabat saya, kenapa dia selalu menyebut ayat tersebut. Bunyinya sangat simple.malah, saya menganggap tiada yang istimewa pun pada ayat yang sering diulang-ulang, naik muak dan meluat adalah jugak kadang-kadang.
Sahabat saya berkongsi, selagi kita tak kenal diri kita, kita takkan kenal Tuhan kita. Analoginya mudah, jika kita belum sedar bahawa kita ini hamba, kita ini khalifah, kita ini ciptaan oleh yang Menciptakan, selagi itulah kita akan berbuat sesuka hati tanpa memikirkan apa tujuan sebenar kita dijadikan. perlakuan kita seolah-olah diri kita adalah milik mutlak kita.
Berbeza jika kita menyedari kita adalah hamba allah, sudah pasti kita akan sentiasa patuh akan arahanNya, jika kita sedar kita hamba, takkan kita tinggalkn tugas dakwah ini, dan jika kita sedar kita ciptaan Allah, pasti hidup kita berlandaskan aturan yang ditetapkanNya.
maka, dari itu kita sedar siapa kita dan kita kenal Tuhan yang menciptakan kita.
Pemuda harapan bangsa, golongan berdarah muda yang diharapkan mampu merancakkan agenda perjuangan yang matlamat akhir zahirnya sebuah Khilafah Islamiyah.
Benar kita masih ada golongan pemuda yang berjuang bermati-matian untuk menegakkanya, malangnya kita lupa bahawa golongan para pemuda kini diancam virus kepupusan dan kelesuan.
Kita semua telah sedia maklum bahawa akhir-akhir ini negara umat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran,kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.
Jika dulu umat Islam diperangi dengan cara peperangan merampas tanah air, tapi kini peperangn itu masih terus berlangsung dalam wajah yang berbeza. Jika mereka melakukan kezaliman terhadap umat Islam, merampas harta benda dan kekayaan, membunuh, menghapuskan generasi pewaris,memusnahkan rumah tangga, peperangan sebegitu tidaklah begitu teruk impaknya jika dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap umat Islam dalam bentuk menaburkan racun-racun tamadun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan Sains yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh.
Jelas kelihatan kini pihak musu semakin meggandakan usaha untk menjatuhkan umat Islam. Banyak contoh yang boleh didiskudikan di sini, antaranya:
Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.
Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan menggunakan cara halus.
Membentuk angkatan baru yang buta(jahil) Islam.
Rujukan:
Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini
Abul A'la Al-Maududi
Beberapa hari saya bercuti di rumah sebelum memasuki sem 3 di UIA. Merancang untuk menjenguk-jenguk sekolah yang lama saya tinggalkan tapi tidak tercapai. Sehari sebelum keberangkatan saya ke KL, kami sekeluarga menerima khabaran gembira, adik saya yang ke-5, Rabihah mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Kuala Nerang Kedah, juga akan mewarisi perjuangn saya di bumi UIA (Benl) dan sedang berkira-kira untuk menghadiri temuduga maktab. EM, kalau saya dulu, tak perlu pening kepala untuk memikirkan halatuju sebab hanya menerima tawaran dari UIA..tapi adik saya bergundah gulana, mana satu yang mahu dipilihnya.
Setelah mengambil masa berfikr dan saya menyarankan adik saya solat istikharah, akhirnya dia memilih untuk mendaftarkan diri di UIA.
Lewat petang itu, kami sekeluarga menuju je Bandar Kota Bharu, membeli sedikit kelengkapan, ummiku bersuara...
"Hmm, bimbanglah ummi bihah masuk UIA, nanti masuk Jemaah Islamiyah macam Yah"
Aku tergelak kecil. Telah lama ku doktrin ummiku, aku tak pernah join Jemaah Islamiyah yang mengebom Bali tu.
"Ummi, Yah tak masuk Jemaah Islamiyah, Yah cuma masuk usrah..."
"Hmm, masuk usrah nanti sibuk, tak sempat baca buku, lepas tu pointer rendah. Bihah, tak payah join usrah ye.." saran ummiku.
"eh eh mana boleh ummi. bihah kena masuk usrah."Aku mula mencucuk jarum.
"Ummi, kat KL apa2 saja boleh berlaku, gejala sosial sangat berleluasa, kalau kita tak mencari usrah, mudah sangat kita terpengaruh.Kalau masuk usrah , sekurang-kurangnya ada kawan yang sudi menegur kalau kita buat silap. ummi nak ke anak ummi ni terpengaruh dengan gejala yang ntah apa2 tu?"aku mengasak.
"Emmm, takpelah, masuk usrah jelah, tapi jangan masuk jemaah Islamiyah."
Yeah, suntikanku berjaya.
Abah menambah " Masukla usrah tu, tak sibuk mana pun, masuk U bukan untuk belajar je, masukla jugak usrah tu..."
Yeah, aku ada penyokong setia rupanya.
UIA kata...pelajar tak boleh berniaga melainkan dengan izin pihak UIA,
tapi saya tengok ramai yang berniaga( kerepek atau makanan ringan) tanpa kebenaran, malah ada yang menggunakan peralatan elektrik yang diharamkan(oleh UIA) semata-mata untuk menyediakan makanan yang ingin dijual.
Persoalan-persoalan yang ingin saya timbulkan:-
1.Bolehkah pelajar tersebut berniaga sedangkan terang-terang UIA melarang perbuatan tersebut melainkan dengan izin.
2. UIA melarang pelajar membawa beberapa peralatan elektrik dan mengizinkan sesetengahnya.Masalahnya di sini, pelajar yang berniaga ini membawa peralatan yang diharamkan, dan menggunakannya untuk urusan perniagaan.
Dan ana ada satu lagi soalan:
" seorang pelajar ni, dia mendaftar untuk belajar sem 3, tetapi dia tidak mendaftar untuk mahallah/penginapan, dan dia squatting di bilik kawannya, dan berkongsi membayar yuran mahallah/penginapan.Hmm, agak2 boleh tak?
*UIA mengharamkan squatting!!!!
*dulu ada kempen di UIA "ZERO SQUATTING ZONE"
Huhu, sesiapa yang ada pendapat berkenaan isu yang saya timbulkan ini, saya mengalu-alukan. Jika bleh sertakan juga dengan dalil nas, itu lagi terbaik. Dan cuba elakkan memberi pendapat berpaksikan emosi dan logik akal semata...tata.=)
Indah barangkali, kita bebas melakukan apa saja tanpa kongkongan dan kekangan. Bangga barangkali,kehidupan yang kita lalui seharian tampak mudah dan lancar. Mudah dan sangat mudah.
Pedih barangkali, nak buat itu dan ini semuanya tak boleh.Sakit barangkali dipaksa melakukan sesuatu yang kita tidak suka.Pedih, sakit dan perit.
Itulah namanya warna-warni kehidupan.(alwaanulhayat).
Aku dan dia...ini rahsia aku dan dia. Setelah sekian lama kusimpan rahsia ini, saat ini aku mahu kongsi bersama kalian.Tak tahan barangkali memendam sorang-sorang.
Keluargaku..biasa2 saja, namun fikrah mereka fikrah Islam, menyokong dan mendokong perjuangan parti Islam. keterlibatanku dalam gerakan disambut dingin mereka..dingin..tapi itu dulu
Semasa pengajianku di Matrikulasi UIA PJ, aku mahu pulang ke Kelantan atas komitmen sebagai AJK program di sana,kosnya ditanggung sendiri, namun aku tidak berterus terang pada family aku gunakan duit sendiri, kataku aku mendapat support dari program. Entah macam mana, famili aku tahu aku gunakan duit sendiri dan mereka kurang berpuas hati. ( familiku "sesak"). Dua minggu kemudian, kakakku telefon: "Yah, ada orang bagi zakat padamu, RM200."
Aku katakan pada kakakku, duitku habis RM65 untuk balik Kelantan handle program, Allah gantikan RM65 dengan RM200, berbaloi bukan?
Aku sedih, kadangkala kakakku sendiri sedikit membantah keterlibatanku dengan gerakan, isu utama yang ditimbulkan kewangan, sedih tak terkata sehingga cara terakhir yang aku gunakan, hanya doa..doa dan terus berdoa, moga Allah lembutkan hati mereka menerima diriku seadanya.Dalam diam aku kurang yakin berkesankah cara ini, namun doaku tidak henti..
Sehingga suatu hari, Allah mahu mambuka mataku, sebelum mendaftar di UIA Gombak aku perlu hadiri satu program di Kuala Lumpur, dan ketika itu aku di Kelantan. Malangnya memang aku tidak berduit, familiku tidak berduit, berbaki saja kurang lebih RM10 dalam saku ayahku..
Aku nekad menjual handsetku yang buruk, kurang2 lepas tiket untuk ke KL, urusan pulang ke Kelantan, no 2.Tapi last2 aku decide, gtau kat seniorku, aku enggak punya wang barang sesen untuk ke KL, Alhamdulillah kakak seniorku membantu.
Petang sebelum bertolak ke KL keesokan paginya, makcik menjual karipap segera memasuki laman rumahku, berhenti seketika, seminit dua kemudian, abahku menyusul masuk ke dapur, memegang dua polisterin berisi karipap segera di dalamya(karipap kuih kegemaranku).
Kata abah" Nah, ambik karipap ni, pagi esok goreng, buat sarapan sebelum ke KL dan selebihnya buat bekal perjalanan, makan dalam bas."
Aku menyambut bungkusan penuh haru..haru dan terharu...
KINI..
Ummi: Yah stat cuti bila, balik rumah bila..?
Aku: em, 18 habis exam, tapi balik lambat skit..
Ummi:Oh, ada program ye...
Aku: Ya...=)
Ummi: ok, takpe, nanti bgtau la tarikh bila balik Kelantan.
Aku:Ok..
Nak terlibat gerakan, ada halangan famili???? Usah putus asa, berdoalah tanpa jemu, doa tu senjata orang mukmin. Pintalah dariNya, Dia ar-Rahman, Dia ar-Rahim, kita takkan dikecewakan....
"Ya Allah, Kau pemilik hati Abahku, Kau pemilik hati ummiku, kau pemilik segala yang ada di langit dan di bumi serta seluruh isinya, lembutkanlah hati Ummi Abahku, supaya mereka merestui perjuanganku, serta jadikan aku Hamba yang taat padaMu serta anak yang taat pada kedua orang tuaku.."
HATIKU MILIKMU
LANGKAH DAN TERUS MELANGKAH
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta".(Al-Ankabut:2-3)
Saya kira kalian sering mendengar ayat ini, malah menghadamnya, menjadikan ia ayat motivasi barangkali, dan ayat teras..
Sebelum ni saya pernah dengar, ujian yang Allah timpakan ke atas setiap hambanya bertujuan meningkatkan lagi iman seseorang, Kerana manusia akan kembali mengingati Allah, meletakkan pergantungan hanya pada Allah bila ditimpa ujian.
Namun tak kurang pula yang menyalahkan takdir, mengatakan bahawa hidupnya sial, nasib tak baik sampai kiamat dan pelbagai kata nista lagi..
Apa yang penting setiap kali kita ditimpa ujian, cubalah didik diri kita supaya sentiasa husnu zon (bersangka baik) dengan Allah. Mungkin selama ini kita leka dan asyik dengan urusan dunia, jadi Allah timpakan ujian supaya kita ingat kepadaNya, kembali dan mengharapkanNya, supaya kita sedar bahawa kita berTuhan dan berTuan.
Ujian itu juga bertujuan meningkatkan iman seseorang. bila mana ditimpa ujian, hamba yang taat akan redha dan pasrah, malah cuba menghadapinya dengan tenang, meminta pertolongan hanya pada pemilik dirinya, kerana pemilik diirnya lebih arif apa yang terbaik buatnya.
"Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" (Al-Fatihah:5)
"Dan mintalah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT"
Tertarik saya dengan satu artikel dari laman sesawang iluvislam.com yan berbicara soal cabaran dalam hidup. Suka untuk saya memetik sedikit bait-bait kalimah dari artikel tersebut:
(kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.)
Seruan kepada diri sendiri dan juga sahabat2, bersyukurlah dengan tiap ujian dan nikmat yang dikurniakan. kerana 'nikmat ujian' dan 'nikmat nikmat' itu kedua-duanya adalah ujianAllah buat hambaNya..
LANGKAH DAN TERUS MELANGKAH
16 April 2009:
Sebaik saja aku keluar dewan peperiksaan tepat jam 2.15pm, aku menuju ke masjid untuk menunaikan solat. Pada waktu tu, aku dah rasa sesuatu yang "sedap" dengan hati aku. Cuma tidak aku endahkan, mungkin sekadar "sakit" biasa. Aku buat kerja-kerja lain seperti biasa tanpa sedikitpun mengendahkan hatiku yang sakit.
Lalu beberapa sahabat yang kutemui bertanya itu dan ini, kenapa nampak lain macam je hari ini. Aku senyum, tak ada pa-apa kataku. Namun, sejujurnya jawapanku sama sekali tidak ikhlas.Cuma aku sembunyikan, malu untuk berterus terang. Bimbang dikatakan manja. Sakit sikit pun tak perlulah heboh kat orang kot.
Rupanya aku silap. Sakit yang melanda hatiku makin teruk. Sehingga saat ini kalau aku jumpa doktor pun belum pasti dia mampu merawatnya. Sampai ke malam, menjelang Maghrib, seusai Isyak, ianya makin parah.
>Sahabat, hati ana sakit... aku mengadu kepada sahabatku.
>Enti, carilah ubat untuk hati enti yang sakit tu.
>Bagaimana?
>Jumpa "doktor" dan tanya ubat apa yang sesuai untuk sakit enti tu..
>Oh, syukran sahabat, atas peringatan.
Enti tau tak, pernah satu ketika ana sakit macam ni, sampai ana tak tau nak buat macam mana. Pada malam tu, ana naik motor keliling UIA, cari ketengangan kononnya. Tapi ana tak dapat ketenangan tu, dan ana tak dapat apa-apa pun. Lepas tu, ada senior ana SMS kat ana:
"Carilah HATIMU sewaktu membaca al-Quran,jika kau tidak temui, carilah HATIMU ketika mengerjakan solat, jika kau tidak temui, carilah HATIMU ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, PINTA HATI YANG BARU..."
Selepas aku menghayati maksud tersirat SMS tersebut aku senyum sendirian, YA ALLAH, rupanya tidak lepas Kau memerhatikanku, dan tak perlu lama aku menunggu inzar dariMu. mungkin,seniorku itu adalah satu wasilah untuk Kau menyampaikan salam dan pesan-Mu padaku. (selama ni seiorku tak pernah mesej pun), dan kini kutemui jalan sebenar mencari ketenangan, mengubat hatiku yang sakit. mungkin parah sudah hatiku,hingga seringkali aku memohon pada-Mu, pinta Kau tukarkan hatiku, dengan hati yang baru.
Semasa dalam perjalanan pulang dari Bukit Gantang, sempat saya bertanya itu dan ini kepada kakak senior saya(Kak Erni) tentang keluarganya.Sekadar menambah maklumat tentang dirinya, merapatkan lagi silaturrahim.
Saya bertanya, apa yang akak mahu buat lepas grad nanti, memandangkan ini adalah sem terakhir akak di UIA?Akak mahu jadi seperti siapa? Mak cik yang mana?( Merujuk kepada makcik-makcik yang turun ke Bukit Gantang dari pelbagai negeri.
"Habis grad nanti, akak goyang kaki kat rumah kot.huhu. Bukan apa, akak nak buat apa lagi, nak tolong kat kampung sendiri, tak boleh ah. Ayah akak parti pembangkang(merujuk kepada negeri kelantan). Kalau nak tolong tempat lain boleh la kot."
"Oh, ye ke. Em, dalam ramai-ramai makcik tadi, nak jadi yang mana?" Saya mengasak.
"Nak jadi macam makcik ni!haha" jaabnya sambil menunjuk ke arah gambar seorang isteri YB PAS.
Saya tersenyum, dalam diam saya doakan moga impiannya tercapai walaupun lagaknya macam tak serius dan main-main.
Semalam, 13 April, jam hampir 12 malam, sedang saya study dengan kawan-kawan, saya menerima satu SMS...
"Salam. Sahabat kita BAYYI telah kembali ke tahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah."
(Bayyi@Syukri adalah seniorku di UIA).
Saya tergamam seketika, hati mula hiba dan sebak mula melanda, hanya Al-Fatihah yang mampu saya hadiahkan.Mengimbau kembali kesungguhan dan pengorbanan yang beliau curahkan semasa terlibat dengan Maaruf Club, saya cukup kagum dengan insan ini. Walaupun sakit(barah otak), walaupun kadang-kadang bila berdiri seakan-akan mahu rebah, walaupun ketika berjalan kaki bagai tidak berpijak di bumi, dan kadang-kadang sesekali mahu rebah( yang ini saya pernah saksikan sendiri), namun komitmennya tidak boleh disanggah.
Kian lama terlantar di atas katil, akhirnya dia pergi jua, tetamu tanpa isyarat datang menjemputnya jua.
14 April: Aku tambah-tambah terkejut dengan berita yang kuterima ketika bersiap sedia menunaikan solat Asar. terserempak dengan kaka seniorku, Kak Wani di masjid: "Jie, dah tau ke ayah Kak Erni dah takde. Baru je, dalam pukul 4 td."
Aku diam, lidah kelu tanpa bahasa. Innalillah....
Takziah kepada Kak Erni dan keluarga Bayyi..Moga arwah ayah Kak Erni dan arwwah Bayyi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihi.Coretan ini juga bukan sekadar mahu berkongsi cerita duka, tetapi sebagai satu iktibar kepada kita yang masih menghuni dunia, mereka yang pergi telah melepasi satu marhalah, bagaimana dengan persediaan kita untuk menghadapinya, bersediakan kita menerima Tetamu Tanpa Isyarat???
"Faiza ja'a ajaluhum la yasta'khiruuna saa'atan wala yastaqdimuun"
BAGAIMANA IMANMU SAAT INI?
LANGKAH DAN TERUS MELANGKAH.
Kenapa entry saya kali ni berbunyi "aku dan warna merah"? Nak kata saya meminati warna tersebut, sah-sahlah tidak.
Tapi saya agk pelik, masa kecik-kecik dulu, pakaian saya, dari baju sampai ke kasut kebanyakannya berwarna merah. Tu pun abah dan ummi yang belikan, bukan pilihan sendiri.
Satu pagi, ketika saya berusia 6 tahun, saya berjalan ke Pasti, tempat saya belajar, jalan bersendirian, walhal boleh saja saya pergi dengan abah saya sebab sekolah tempat abah saya mengajar sebelah Pasti tempat saya belajar.
Ketika hampir dengan kawasan Pasti, abah saya sampai lalu menegur saya, kakak pergi sekolah sorang-sorang? Tak takut ke?
Saya jawab tak takut abah. Kakak suka jalan kaki, boleh tengok pokok dan cakap dengan makcik2.(Kalu saya jumpa makcik2 yg sedang membersihkan laman saya buat teman berbual).
Lepas tu abah saya tanya, kakak suka warna merah? saya jawab, saya tak suka warna merah. kenapa abah? Lalu abah menyatakan pendapatnya, abah ingat kakak suka warna merah, sebab anak abah yang sorang ni, sangat berani, boleh berdikari.
Saya senyum, dalam hati.Waa, bangganya aku. Huhu, masa saya berusia 3 tahun, kak saya tak nak pergi sekolah, sebab takut dengan cikgu.
Lalu saya yang tak pakai baju(msa tu kecik lagi, 3 tahun), pegang tangan kakak saya "Kak, jom pergi sekolah ye. Meh saya hantar. Jangan takut, nanti cikgu bagi coklat sedap" Lalu saya pimpin tangan kakak saya dan hantar dia ke sekolah.
Masa tu smua orang gelakkan saya, yalah pergi hantar kakak ke sekolah tak pakai baju
huhu. Yang saya bangga tindakan saya dipuji oleh ummi.
Bila abah dapat tau cerita tu, abah cakap, bagus abaj abah, pandai, berani dan boleh berdikari.=)
Saya harap sikap2 tu ada pada saya sampai sekarang. Tak lupa untuk ummi abah tercinta sebab mendidik saya jadi begini.=)
"LANGKAH DAN TERUS MELANGKAH"
Saya sempat merakam gambar kenangan bersama Kelab Penyokong PAS
Pergaduhan kecil berlaku bila penyokong PAS cuba melintasi pos panas BN,
mereka menyangka kononnya penyokong PAS mahu merampas tempat mereka.
Aksi seorang Ustaz PAS Selangor yang cukup saya kagumi pendekatan kempennya.
Bibir sentiasa dihiasi senyuman, dan lembut tutur kata. Sangat berhikmah.
Yeah!! Ini dia calon PAS, Ir. Haji Mohammad Nizar
Pada 7 Mac yang lepas saya sempat berkunjung ke Bukit Gantang untuk meninjau suasana Pilihanraya Kecil di sana bersama dua orang kakak saya dan seorang adik saya.
Kami bertolak dari Selangor sekitar jam 2pm dan sampai di sana sekitar 6pm, malangnya kami tersesat ketika mencari Rumah Anak Yatim Ummu Safiah untuk bermalam yang akhirnya kami jumpai jam 10pm.
Tak sabar rasanya menunggu hari esok untuk melihat suasana pilihanraya di situ. Mata mula layu dan....
5am: makcik-makcik yang datang dari negeri lain bersiap sedia, khidmat diri untuk sama-sama bermunajat. tepat jam 7 pagi kami dilepaskan dan doa dibaca sebelum berangkat. saya berpeluang meninjau di Trong Barat, tempat yang dikatakan agak panas, sering ada pergaduhan dan perselisihan faham.
Saya cuma memerhatikan sahaja gelagat penyokong kedua-dua belah pihak. Tak sangka, saya berpeluang untuk menyaksikan acara sebegini secara langsung. berlaku juga perang mulut antara penyokong kedua-dua parti.
Dalam beberapa minit kemudian keadaan sedikit kecoh bila penyokong BN memulakan serangan kerana tidak berpuas hati lantaran mereka merasakan penyokong PAS mengambil tempat mereka. Keadaan dapat dikawal oleh pihak polis.
satu perkara yang cukup menginsafkan saya berlaku beberapa minit selepas itu. penyokong-penyokong PAs mula berselawat...sayu sekali kedengaran, suasana yang bingit ditimbulkan juak BN hilang seketika, seolah-olah semua yang ada di situ menghayai alunan selawat tersebut.
Dalam diam, hati saya mulai sebak, mata terasa panas dan kolam mata saya terasa solah-olah mula bertakung air mata. mujur mampu saya kawal, dalam suasana yang sebegitu, saya teringat akan Rasulullah, bagaimana perjuangan Baginda meneyebarkan Islam, mengorbankan apa sahaja. Di kala itu, matahari terik di atas kepala, peluh mula menitik-nitik.
Lalu, saya terfikir kalau rasa panas begini dah mula mengeluh, mampukah saya memperjuangkan Islam, sedangkan orang-orang yang mewaqafkan diri untuk Islam seharusnya berjiwa kental.
Saya juga cukup kagum dengan bebrapa individu yang cukup memberi kesan kepada saya. Seorang makcik yang sudah berusia turut bersemangat meraih undi. Begitu juga dengan seorang ustaz yang saya cukup kagum pembawaan dakwahnya. dengan semyum meleret tanpa henti, gaya sopan santun yang cukup memikat hati.
Pendek kata, banyak pengalaman yang mampu saya kutip dalam tempoh sesingkat ini. Malangnya, kami tidak dapat berlama-lama di situ lantaran dua orang kakak saya akan menghadapi exam keesokan harinya.Kami berangkat pulang selepas zohor.
"LANGKAH TERUS MELANGKAH"
"Faiza 'azamta fa tawakkal 'alallah.."
30 Mac 2009: Adillat Ahkam II
3 April 2009: Fiqh Ibadat I
15 April 2009:Manahij al-Baht
16 April 2009: Arabic for Islamic Studies
18 April 2009: Al-Ijtihad wa al-Ifta'.
Moga Allah memberkati ilmu yang kupelajari ini...
Fi Amanillah..Wassalam.=)
Hadiah kakak saya kepada saya, masa tu saya tengah belajar photoimpact.
Bergambar kenangan dengan anak sepupu ketika menziarahi mereka.
sudah lama agaknya tak pulang ke kampung halaman, sedang rakan2 yang lain seringkali berpeluang bertemu family masing2. tambahan pula fatrah peperiksaan semakin menghampiri, tentu saja yang difikirkan adalah persediaan untuk final exam..pada kali ini saya mencabar diri sendiri supaya pointer kali ini naik,dan saya mensasarkan gpa 3.1 and above..
Sambil study, saya menatap wajah ummi abah yang terhias indah di meja study ku, seringkali rasa rindu datang akan ku ucap, ummi, abah, saya rindukan kalian bersua, harapan ummi dan abaha untuk malihat saya berjaya takkan saya hampakan. terima kasih ummi, abah, atas pengorbanan yang tidak terhingga...
bipp..bipp..
Telefonku berbunyi menandakan aku menerima khidmat pesanan ringgkas "sms". "Kak, tengah buat ape tu, mesti bz kan? kak, ada apa2 yang boleh saya bantu? basuh baju, kemas bilik? kalau akak nak mintatolong apa2 gtau ye..."
mataku seakan-akan mahu tertutup, aku meletakkan kembali telefonkuke tepi..lalu, aku hanyut dibuai mimpi.
Masuk kali ni, adalah kali kedua adik usrahku bertanyakan soalan yang sama, aku cukup terharu dengan sikapnya, namun syukur, akau masih lagimampu melakukan semua itu sendiri, tak sanggup rasanya membiarkan adik usrahku membasuh pakaianku, seolah-olah aku menghambakan dia.
Teringat cerita guruku masa aku masih dibangku sekolah menengah, katanya petnah di sem terakhir semasa belajar di IPT, guruku jatuh sakit, hampir sebulan lamanya..memang tak mampu buat apa2, lalau datang seorang senior, menjaga makan pakai guruku, mengemas biliknya, membasuh pakaiannya, menyiapkan assignmentnya,pende kata semuanya dia buat, dan guruku jatuh terharu dengan sikapnya, dan tertarik dengan kasih sayangnya. Akhirnay guruku yang dulu sikapnya boleh dikategorikan nakal, berubah sikapnya perlahan-lahan, sungguh pendekatan dakwah yang sangat berkesan.
Hanya dengan kasih sayang yang tulus, lihat, ianya mampu menawan sesiapa sahaja. apa kata mereka yang bergelar daie sematkan betul2 rasa kasih sayang kepada mad'unya, nescaya mereka mapu kita dekati.
"SHARING IS CARING"
Kadang hati gentar bimbang tersasar, kadang sebak bertamu mengusap kalbu, mungkin itu rencahnya, masakan tidak, cacatlah rasa punahlah perisa.
"Jika kamu ditimpa krisis dan dilanggar kesusahan, maka janganlah kamu hadapi dengan ratapan,kutukan,tangisan dan sesalan, sebaliknya hadapilah dengan tegar, sabar dan ketabahan hati untuk meraih kemenangan dan kejayaan"
Berjuang terus berjuang, hampir rebah aku dipertengahan. ecceh ceh...ni bukan gaya bahasaku, jiwang karat..(^^).
Benar sahabat2, jika kalian tidak pernah merasa susah dan payahnya sebuah perjuangan, masakan dapat merasa kemanisannya.Semalam aku hampir rebah, kerana merasa sendirian melangsaikan amanah, rupanya sahabat2 menolongku dari belakang, dengan pelbagai cara dan ragam, akhirnya aku yang silap faham. Huhu. ada yang seolah-olah membiarkan aku selesaikan sendirian, rupanya mahu aku lebih berdikari dan kurang minta pergantungan, supaya aku tangkas dan berpendirian, ada yang bagi cadangan sebab kesian.
*Syukran sahabat2. moga kita semua terus satu hati meneruskan perjuangan!(^^)
"Jadilah kamu seperti seekor semut yang berusaha memanjat beribu kali dan janganlah kamu percaya akan kegagalan selama-lamanya. Jadilah kamu seperti aliran air yang jika di depannya ada batu, dia mencari jalan ke kanan dan ke kiri"