Bila di jadi kekasihku,
Tentu saja aku mahu mengenalinya lebih dekat dan mendalam, serba serbi tentangnya tidak lepas dari pengethuanku, kerana aku sangat cintakannya. Ya Allah, sampaikanlah rasa cintaku ini padanya.
Bila dia jadi kekasihku,
Aku mahu sentiasa berada di sampingnya, atau aku akan memastikan dia sentiasa mendampingiku, tidak akan berpisah walau sesaat, kerana aku sangat cintakannya. Moga Allah menyatukan kami selama-lamanya.
Bila dia jadi kekasihku,
Sudah pasti aku berikan yang terbaik buat dirinya kerana menyayangiku selama ini, dan aku mengharapkan dia juga berikan yang terbaik buatku. Bukankah berkasih itu untuk saling melengkapi antara satu sama lain?
Aku menyintainya sepenuh hati Ya Allah, pintaku, jangan sesekali kau pudarkan rasa cintaku ini padanya kerna kelak pasti aku sangat merana tanpanya...
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
moga cintaku padanya akan menyemarakkan lagi cintaku pada-Mu Ya Allah
*BETAPA CINTAKU PADA ILMU SEMAKIN BERBUNGA, SEMAKIN KU KENAL AKAN IA SEMAKIN MENDALAM CINTA INI*
0 comments:
Post a Comment