WUJUDKAH PERTEMUAN SETELAH KEMATIAN?

Aini, seorang gadis yang sedang meningkat remaja, termenung sendiri di tepi tasik, matanya memandang jauh saujana, di wajahnya terlukis sebuah kerinduan yang amat, mungkin rindu pada arwah abahnya yang sudah empat bulan meninggalkannya. Aini sangka, semakin lama ditinggalkan, dia semakin dapat menerima hakikat ini, namun hatinya sering meronta, hatinya sering menjerit-jerit melaungkan kalimat rindu yang maha hebat. Kekadang, rasa rindu itu diluahkan dengan rembesan air mata yang menitis di malam hari kala manusia lain sedang lena dibuai mimpi, sengaja ditutup mukanya dengan tuala, supaya esakan kecil tidak didengari rakan sebiliknya.

RAMADHAN YANG SAMA, SUASANA YANG BERBEZA, NATIJAH YANG MAKSIMA

Ramadhan kali ini kembali lagi, Aini cukup bergembira dengan kehadirannya. Namun, Aini merasa sugul kerana abah tersayangnya sudah tiada bersama berpesta di bulan Ramadhan ini. Adapun begitu, dia tetap berazam menjadikan Ramadhan ini penuh bermakna, hadiah buat arwah abahnya. Mindanya merasa sesak dan payah bila memikirkan suasana puasa tanpa abahnya, suasana raya tanpa abahnya,dulu semasa kecil dia selalu bertanya kepada abahnya
“Abah, selepas kita mati, boleh ke kita bertemu semula nanti?”
“Sayang, sudah pastilah boleh, kerana sayangkan akan jadi anak yang solehah kepada abah, saying akan menghuni syurga, dan ingat sayangku, bagi penghuni syurga, sedikit kesedihan pun tidak layak untuknya kerana ahli syurga terhormat di sisi Allah untuk bersedih.” Jawab abah.
“Macam mana tu abah, Aini tak fahamlah?”
“Cuba kita hayati maksud ayat al-Quran dalam surah At-Tur ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat keturunan mereka dalam keimanan, Kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun daripada pahala amalan mereka.Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. Sayang tahu tak, ada ulama mentafsirkan ayat ini dengan berkata: “Allah mengumpulkan kembali zuriat keturunan seorang ahli syurga sebagaimana dia menyukai berkumpul bersama mereka di dunia.”
“Oh, maksudnya nanti kita akan berkumpul semula di syurga ye abah?”
“Pasal ini pula, abah nak berkongsi dengan Aini, bahawa Imam al-Tabarani meriwayatkan dari Ibn Abbas katanya: “apabila seorang mukmin masuk syurga, dia bertanya tentang ibubapanya, isterinya dan anak-anaknya. Maka dikatakan kepadanya: “mereka tidak mencapai darjat setinggi darjatmu.” Orang itu berkata: “ wahai Tuhan, aku beramal untuk diriku dan mereka.” Maka Allah SWT lalu memerintahkan untuk mengumpulkan mereka kembali. Faham Aini?”
“Faham abah. Abah, jika pertemuan di dunia ini adalah satu pinjaman, maka pertemuan di akhirat nanti adalah satu anugerah kan abah? Aini berjanji abah, untuk jadi anak yang solehah buat ummi dan abah, supaya kita semua boleh berkumpul semula di Syurga nanti.”

BERKUMPULNYA AHLI SYURGA BERSAMA KELUARGA IBARAT HARI RAYA


Kalau tiba hari raya, kita semua sudah pasti mengimpikan semua ahli keluarga berkumpul bagi meraikan hari kemenangan ini, dirai hari ini dengan takbir dan tahmid, setiap wajah melakar rasa gembira, ceria bersama insane tersayang. Pendek kata, semua petanda gembira terpancar pada hari itu.memakai baju yang cantik dan wangi, rumah dihias cantik, juadah yang menarik.kegembiraan berjumpa keluarga melebihi kegembiraan yang lain. Kegembiraan ini satu iktibar bagi Ahli syurga di syurga, bahagia kan bila kegembiraan di syurga turut dirasai seisi keluarga seperti kita berhari raya.
Pesan arwah abah Aini sentiasa tersemat di dada, bahawa hanya yang soleh dan solehah bakal penghuni syurga mampu mengumpulkan kembali ahli keluarga di syurga dan hidup dengan penuh bahagia, Aini berazam menjadi anak yang solehah, supaya kelak dapat bertemu kembali dengn arwah abahnya dan ahli keluarga lainnya di syurga…saat itu ia bukan lagi pinjaman tetapi sebuah anugerah indah!

Al-Wajibat Akthar Min Al-Auqat

Al-Ayyam fi Hayati

About this blog

~RADZIAH ABU BAKAR~



KEEP LEARNING

CERNA MINDA

Kekuatan jiwa itu diterjemahkan dalam tekad membaja yang tidak pernah lemah
Kesetiaan teguh yang tidak dicemari pengkhianatan pengorbanan yang tidak terhalang oleh keserakahan dan kekikiran
Pengetahuan dan keyakinan serta penghormatan yang tinggi terhadap ideologi yang diperjuangkan

Jiwaku~Bait Solehah~

  • Dayang Nur Fitriana
  • Dewi Ratu Norasyikin
  • Halimah
  • Haryani
  • Khairunnisaa'
  • Lina Marhaini
  • Nazirah
  • Nik Nadia Izyan
  • Sylati
  • Wan Mazni

AKU PUTERI

~Patuh pada Tuhannya (ALLAH)
~Mencintai Kekasihnya (Rasulullah)
~Taat ibubapanya
~Qudwah terhadap bawahannya
~Meneladani atassannya
~Prihatin terhadap sahabatnya
~Mengasihi yang lebih muda
~Menghormati yang lebih tua
~Penuntut ilmu yang ikhlas
~Pekongsi ilmu yang tak pernah lelah

(Ya Allah, bentuklah aku menjadi insan sebegini)

LANGKAH SRIKANDI

~Redha Allah matlamat hidupnya
~Luar biasa langkahnya
~Mati syahid cita-citanya
~Yang banyak menangis kerana penciptaNya
~Yang kental jiwanya
~Banyak berkorban untuk perjuangannya

(Ameen, kabulkan Ya Allah)

Followers