Assalamualaikum
AlhamduliLLAH, selayaknya syukur dan puji itu pada Allah.

Paling menggembirakan, final exam sudah tamat, assignments sudah submit dan hari ini misi menjelajah ke Johor. terus pulang ke desa.

Sekian lama ya, blog ini ditinggalkan, sebab malas nak jenguk. sekarang mood menulis kembali lagi, sebab dah sedikit free dan takdak benda2 berat sangat nak fikir lagi.

Ok kawan-kawan,
saya "grad" dari UIA pada penghujung 2010 dan pada September 2011 saya bergelar "student UIA" semula, kerana saya menyambung pengajian.

Saya menulis sekadar berkongsi rasa dengan kawan-kawan yang ada perancangan untuk sambung belajar. Fresh, telus dan mulus dari saya yang telah melaluinya selama 2 semester.

Oh, sebelum terlupa, dari tempoh graduation sehingga saya mendaftar sebagai pelajar semula, ada beberapa perkara, suka dan duka telah menjadi tetamu melangkapkan pelbagai rasa dalam hidup. Kronologinya begini:

Selepas graduasi ingin mencari pekerjaan

2 bulan pening mencari kerja hingga ada sedikit rasa putus asa? Sebenarnya, 2 bulan adalah tempoh yang masih tidak lama dan tidak perlu merasa kecewa. Kerana, setelah hampir setahun saya bekerja, rupanya masih ada segelintir kawan-kawan yang masih mencari. Pokoknya:
- usah terlalu memilih pekerjaan
-usah terlalu berkira soal gaji

yang penting:
-pengalaman bekerja itu terlalu mahal

aktiviti mengusha kerja saya jalankan semasa sem akhir di UIA. ada beberap plan yang saya buat:
-cari kerja kumpul duit dan hulurkan sedikit untuk parent, agar kita merasa bagi duit (hasil kerja sendiri) pada mereka dan mereka merasa (hasil kerja kita)
-cari kerja kumpul duit untuk menampung perbelanjaan menyambung belajar. (gaji yang secoet saya bahagikan kepada; parent, simpanan, belanja, lain2.)

Alhamdulillah plan berjaya. :)

Aku menjadi Ustazah.
Bukan pilihanku sebrnarnya, nmun ini yang terbentang buatku. Ustazah@cikgu tidak pernah terlintas di fikiranku. Namun setelah bersama anak--anak ini, aku mula merasa seronok dan betapa mulia tugas seorang guru. (niat kerana Allah). terlalu banyak pengalam memenuhi kantung perjalanan hidupku. Amat banyak. Darihal, bagaimana berhadapan dengan pelajar awal remaja, bagaimana menguruskan emosi mereka, juga emosi aku, bagaimana menangani masalah pelajar, bagaimana mahu menimbulkan minat mereka belajar, kerana kebanyakan dipaksa ibu bapa untuk ke sekolah ini. (sek agama men)


Abah meninggal bulan ketiga saya bekerja

Berita sedih saya terima pada april 2011, selesai kelas terakhir jam 1.30 saya bergegas mengambil wudhu untuk solat Zohor. perlu cepat bergerak sebab jam 2.30 ada kelas tahfiz yang perlu saya conduct. Usai berwudhu, saya ke bilik guru untuk mengambil peralatan solat, namun sempat saya melihat2 HP. kelihatan banyak misscall dari nombor yang tak dikenali. Tidak sedap hati, saya mendail kembali,

 "Yah, ini Kak Dah, pakai nombor kawan, abah dah meninggal". kedengaran getaran dan esakan dihujung suaranya.

berita yang saya dengar saya terima dan saya redha namun tidak dapat ditahan juga air mata ini dari mengalir. mengambil masa seketika, menenangkan jiwa yang bergundah gulana, kemudian saya turun menunaikan solat Zohor. air mata bercucuran laju tanpa boleh di tahan, sudah puas menyeka namun agak degil ia. terus bergegas pulang ke kampung dan melihat jenazah abah, sempat dibacakan ayat-ayat suci al-Quran serta membelai lembut rambutnya, dan menyentuh lembut pipinya. Bagai tak percaya , hatiku menangis dan merengek "betul ke ni abah dah meninggal" REDHA DENGAN PEMERGIANNYA.


Daftar sebagai pelajar baru


Seronok!!! Cuba menyembunyikan duka kehilangan abah. seronok, kerana bakal menggali ilmu di UIA ini. sembunyikan sisa duka pemergian abah, aku ibarat si tempang yang hilang sebelah kakinya. Keran semangatku menyambung pengajian sedikit sebanyak aku cedok dari kata2 semangat abah. Ah, nanti saya ceritakan pahit manis kehidupan student MA. banyak sekali yang ingin dikongsi.

Majlis Konvokesyen 2011
 Dulu pernah berangan-angan majlis konvo saya akan diserikan dengan kehadiran ummi dan abah semestinya!! Berangan-angan nanti bawa ummi dan abah lunch di mahallah yang lazat hidangannya. Berangan-angan untuk bergambar dengan ummi dan abah dengan seronoknya.

Rupanya abah tak mungkin bersama kami lagi melalui hari2 indah dalam hidup saya. Ummi datang bersama adik saya Ridzuan, Rabihah dan Razinah. bersiap sedia berkonvo, perasaan ghairah untuk bergambar hilang serta merta, tetapi demi menjaga kegembuiraan bersama rakan-rakan saya gagahi bibir ini untuk mengukir senyum bahagia.

Ummi tanya, Yah nak bunga? Aku hanya mejawab tak perlulah ummi, membazir saja. Ummi diam, lalu berkata, nanti tiada seri bergambar tiada bunga. Aku diam, yang aku tahu, ummi datang bukannya dengan duit yang banyak, malah cukup2 untuk tambang minyak serta belanja makan minum untuk pulang nanti. aku sendiri pun kekurangn duit untuk membeli bunag hadiah buat diri sendiri. Aku menutur lembut" tak apa ummi, takde bunga pun takpa.

Senyap2, rupanya ummi menyuruh adikku membeli bunga dan dihadiahkan kepadaku setelah keluar dari dewan,Oh ummi, agungnya kasih sayangmu, serasa mahu menitis air mata tika itu, namun ku tahan saja agar wajah gembira ini kekal menghiasa hari bahagia.

Kawan-kawan, saya akan sambung lagi, akan bercerita tentang suka duka bergelar student MA, bukan ingin berbangga, sekadar berkongsi agar ada manfaat yang bisa kawan0kawan cedok darinya. Salam permisi.

2 Jun 2012,
2.46 am
rumah maneeees.

WUJUDKAH PERTEMUAN SETELAH KEMATIAN?

Aini, seorang gadis yang sedang meningkat remaja, termenung sendiri di tepi tasik, matanya memandang jauh saujana, di wajahnya terlukis sebuah kerinduan yang amat, mungkin rindu pada arwah abahnya yang sudah empat bulan meninggalkannya. Aini sangka, semakin lama ditinggalkan, dia semakin dapat menerima hakikat ini, namun hatinya sering meronta, hatinya sering menjerit-jerit melaungkan kalimat rindu yang maha hebat. Kekadang, rasa rindu itu diluahkan dengan rembesan air mata yang menitis di malam hari kala manusia lain sedang lena dibuai mimpi, sengaja ditutup mukanya dengan tuala, supaya esakan kecil tidak didengari rakan sebiliknya.

RAMADHAN YANG SAMA, SUASANA YANG BERBEZA, NATIJAH YANG MAKSIMA

Ramadhan kali ini kembali lagi, Aini cukup bergembira dengan kehadirannya. Namun, Aini merasa sugul kerana abah tersayangnya sudah tiada bersama berpesta di bulan Ramadhan ini. Adapun begitu, dia tetap berazam menjadikan Ramadhan ini penuh bermakna, hadiah buat arwah abahnya. Mindanya merasa sesak dan payah bila memikirkan suasana puasa tanpa abahnya, suasana raya tanpa abahnya,dulu semasa kecil dia selalu bertanya kepada abahnya
“Abah, selepas kita mati, boleh ke kita bertemu semula nanti?”
“Sayang, sudah pastilah boleh, kerana sayangkan akan jadi anak yang solehah kepada abah, saying akan menghuni syurga, dan ingat sayangku, bagi penghuni syurga, sedikit kesedihan pun tidak layak untuknya kerana ahli syurga terhormat di sisi Allah untuk bersedih.” Jawab abah.
“Macam mana tu abah, Aini tak fahamlah?”
“Cuba kita hayati maksud ayat al-Quran dalam surah At-Tur ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang beriman dan diikuti oleh zuriat keturunan mereka dalam keimanan, Kami hubungkan zuriat keturunan itu dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun daripada pahala amalan mereka.Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. Sayang tahu tak, ada ulama mentafsirkan ayat ini dengan berkata: “Allah mengumpulkan kembali zuriat keturunan seorang ahli syurga sebagaimana dia menyukai berkumpul bersama mereka di dunia.”
“Oh, maksudnya nanti kita akan berkumpul semula di syurga ye abah?”
“Pasal ini pula, abah nak berkongsi dengan Aini, bahawa Imam al-Tabarani meriwayatkan dari Ibn Abbas katanya: “apabila seorang mukmin masuk syurga, dia bertanya tentang ibubapanya, isterinya dan anak-anaknya. Maka dikatakan kepadanya: “mereka tidak mencapai darjat setinggi darjatmu.” Orang itu berkata: “ wahai Tuhan, aku beramal untuk diriku dan mereka.” Maka Allah SWT lalu memerintahkan untuk mengumpulkan mereka kembali. Faham Aini?”
“Faham abah. Abah, jika pertemuan di dunia ini adalah satu pinjaman, maka pertemuan di akhirat nanti adalah satu anugerah kan abah? Aini berjanji abah, untuk jadi anak yang solehah buat ummi dan abah, supaya kita semua boleh berkumpul semula di Syurga nanti.”

BERKUMPULNYA AHLI SYURGA BERSAMA KELUARGA IBARAT HARI RAYA


Kalau tiba hari raya, kita semua sudah pasti mengimpikan semua ahli keluarga berkumpul bagi meraikan hari kemenangan ini, dirai hari ini dengan takbir dan tahmid, setiap wajah melakar rasa gembira, ceria bersama insane tersayang. Pendek kata, semua petanda gembira terpancar pada hari itu.memakai baju yang cantik dan wangi, rumah dihias cantik, juadah yang menarik.kegembiraan berjumpa keluarga melebihi kegembiraan yang lain. Kegembiraan ini satu iktibar bagi Ahli syurga di syurga, bahagia kan bila kegembiraan di syurga turut dirasai seisi keluarga seperti kita berhari raya.
Pesan arwah abah Aini sentiasa tersemat di dada, bahawa hanya yang soleh dan solehah bakal penghuni syurga mampu mengumpulkan kembali ahli keluarga di syurga dan hidup dengan penuh bahagia, Aini berazam menjadi anak yang solehah, supaya kelak dapat bertemu kembali dengn arwah abahnya dan ahli keluarga lainnya di syurga…saat itu ia bukan lagi pinjaman tetapi sebuah anugerah indah!

Assalamualaikum.

cuma satu ayat ringkas saya kongsikan dengan teman-teman budiman sekalian, ayat ini adalah bicara romantis Rasulullah SAW kepada umatnya yang berbunyi " man la yarham, la yurham" membawa maksud, sesiapa yang tidak mengasihi(orang lain) dia tidak akan dikasihi (oleh orang lain).

Saya biasa mendengar bait kata ini, ini ia sekadar lalu singgah sesaat dua dan pantas berlalu pergi membawa diri. namun, Allah takdirkan segalanya, supaya saya mengambil ibrah, kalimat ringkas pendek ini, emmbawa sejuta makna dalam hidup insan lain rupanya.

Ustaz pesan:

Kasihi mereka seperti mereka adalah keluarga kita sendiri.



Ustaz pesan lagi:
peluklah mereka, supaya mereka dapat merasakan bahawa mereka disayangi, mereka dihargai, mereka amat berharga buat kita semua.




>>>mereka sebanarnya berhati mulia, lembut dan halus, mereka hebat....<<< SUBHANALLAH

Tenangnya suasana petang di pinggir Tasik Convest Hill ni, anginnya yang sepoi-sepoi bahasa, menyapa pipi, damainya....

*************

"Mana Utin Shafira?"
"Entah, tadi lepas ambil result terus hilang."
"kumpulkan adik-beradik kita yang lain"
"Baik"

********
"Macam mana dengan antunna semua? result ok?" Fathiah pemula bicaraa

Tiap wajah melakar rasa berbeza, meski tidak diluahkan, wajah mereka bicara segala.Ada yang mula menitis air matanya..

"Maafkan ana, jika result ana mendatangkan fitnah kepada kita semua.Keputusan ana...."

Esaknya mula kedengaran

"teruk...ana malu!"

Tiada lagi tawa, tiada lagi suka, tiap wajah kini bersatu melakar riak wajah yang satu, suasana sedikit sepi, haru, melayan gundah jiwa. Masakan, kami tidak mampu membiarkan salah seorang dari kami menanggung sedih sendiri. Tapi bagaimana?

"Sahabat, usah terlalu bersedih dengan ujian ini, ada hikmahnya, tahun depan SPM, kita semua mesti buat yang terbaik. semua kena cemerlang. kita sambung belajar, di universiti yang sama, kita takkan berpisah, susah senang kita lalui bersama." Radziah mula berbicara. meski hatinya saat itu, sedih tak terkata, mahu saja ditukar resultnya , apakan daya, resultnya juga biasa-biasa saja.

***********
"Fathiah, enti apply mane?"
"Tadi baru saya pergi interview apply masuk Darul Quran." Fathiah menjawab soalan Radziah.
"Kate nak apply U same?"
"Ana rase ana nak gi DQ la"
"Ana pun ade minta ngn parent nak g DQ, tapi diorang berat nak bagi. Nanti kita berpisahlah...."
"Takpe, walaupun kita semua terpisah, insyaAllah, ukhuwah kita akan dipelihara."
"sape lagi yang apply DQ?"
"Utin Shafira pun,setakat ni 2 orang je.."
"ooooooooooooo..."

************

Utin Shafira dan Fathiah lebih dahulu meninggalkan kami,menyambung pengajian ke QD..2 sudah melangkah pergi, 6 masih berbaki...

Masa terus bergerak,berputar, kami terus melakar kenangan untuk ditinggalkan.

Akhirnya...

Radziah: UIA
Amira Syazwani: UM
Aznida, Fadzilah: Al-Azhar, Mesir
Hasyimah: KUIS
Hajar: USIM

Beginilah ceritanya berakhir...terpisah lantaran meneruskan misi menuntut ilmu..tapi hingga kini kami masih berhubung, walau jauh terpisah...ukhuwah yang dilalui semasa di zaman persekolahan tersangat indah, hingga saya mampu katakan tiada lagi seindah itu melainkan ia, kami menangis sama-sama, ulangkaji bersama, hadapi tohmahan bersama, gelak tawa bersama, mengisi jiwa dengan usrah bersama, denga walid tercinta (Cikgu Nik)

Ah! semua itu sudah tiada,hilang, ditelan waktu yang sangat cemburu...namun sahabat, namamu sentiasa dalam doaku...sentiasa...aku rindu saat itu!

*********************
NBE Honda ex dihidupkan....radziah memecut kembali ke Mahallah Halimah, kerana hari semakin kelam, malam..namun ukhuwah kami tak pernah tenggelam, TAKKAN PERNAH PADAM.

~FIFAMIMAJIJADIDA~




Ayuh..ingat kembali siapa kita

Mungkin kita terlupa seketika, bahawa kita adalah hamba kepada Allah, mungkin sesekali kita terlupa, banyaknya nikmat yang Allah kurniakan, tapi hanya kerana sedikit ujian yang diberi, kita lupa untuk bersyukur, malah mencaci, memaki, menghina sehinanya tiap kesusahan itu. ya, sebab itu kita perlu bersyukur, kerana ujian yang diberikan merupakan satu tanda Allah sayangkan kita, dan Allah mahu kita mendekaktkan diri kepadaNya, mengadu kepadaNya...

Berimankah kita?

Berimankah kita? kala dihadapkan dengan ujian, segala macam kesusahan, mudah sangat rasa putus asa, "down" , "give up" dan segala rasa macam yang sejenis dengannya. Sedangkan Allah telah mengingatkan dalam surah Al-Ankabut, ayat 2:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji?"

Perasaan putus asa, lemah semangat, sepatutnya ditukar dengan rasa bahawa Allah sentiasa bersamaku. Allah adalah sebaik-baik penolongku.

حسبي الله نعم المولى ونعم النصير

Di sini, jelas teruji bahawa kita yakin atau tidak dengan janji-janji Allah..jadi berbaik sangkalah dengan Tuhanmu!

Ubahlah gelisah itu menjadi Ibadah.AYUH!

Wah, cerita ape? bagaimana mahu ubah sebuah kegelisahan menjadi ibadah? Nampaknya, kita terlupa satu perkara. Lagi2 terlupa..kenapa sering terlupa? Lupakah kita bahawa setiap perkara yang disandarkan kepada Allah, ikhlas keranaNya akan diganjari???

Nah, saya kongsikan dengan kalian semua bagaimana caranya.Cara supaya gelisan itu bernilai ibadah. sebuah pesanan buat saya dan kalian yang dilanda kegundahan dan rasa gelisah.

Sebenarnya, nilai agama yang dianuti seseorang dan keadaan peribadinya sangat mempengaruhi seseorang dalam mengekspresikan kesedihan yang dirasakan,

Siapapun yang merasakan kesedihan yang dahsyat akan merasakan dirinya terseksa walaupun pada hakikatnya dia tidak terbunuh.Jasad mungkin tidak terbunuh, tetapi keceriaan hiduplah sebenarnya yang terbunuh, dibunuh oleh perasaan sedih yang tak menentu.

"Mungkin saja kita mendapati kita berada di tengah samudera kesedihan, hentaman badai yang menyesakkan,tiupan angin yg membuatkan kita teroleng ke kanan kiri, tiba-tiba datang gulungan ombak yang tinggi menerpa kita sehingga kita tidak punya harapan lagi.dalam keadaan genting itu, timbul keyakinan bahawa kita tidak boleh selamat melainkan KEMBALI KEPADA ALLAH.

Tika itu, tidak terasa air mata kita bercucuran.hati akan sepenuhnya tunduk kepada Allah, kita mula sedar segala yang kita milikihanya tertuju kepada Allah, kita menyeruNya, menyebut namaNya, ALLAH, ALLAH,mudahkanlah urusanku.."

Tiba-tiba samudera yang ganas berubah menjadi lautan yang teduh,gelombang kesedihan yang menerpa kini telah kembali reda. bahtera kembali belayar denga tenang..Bersabarlah, maka kita akan mendapatkan ganaran dari Allah."

Pesanan,agi, dan lagi buat aku dan kamu

Jadilah orang yang bijak, sebab kehidupan dunia tidak selamanya mulus. Selesai satu musibah maka musibah lain pula yang akan menyusul.

Sesiapa yang memnuhi hatinya dengan rela terhadap keputusan dan ketetapan Allah, maka dia tidak akan pernah mengeluh atas setiap musibah yang menimpanya.

Demi Allah! ini adalah sebuah kebahagiaan. Tidakkah kita memerhatikan wajah orang yang beriman,bukankah wajah mereka selalu tersenyum bahagia meski dilanda bencana?

Pilihan di tangan anda!
~SEBAHAGIAN KESEDIHAN DAPAT MENGHIDUPKAN ANDA DAN SEBAHAGIAN YANG LAIN DAPAT MEMATIKAN ANDA~

Ya Allah dengan pengetahuan-Mu terhadap yang ghaib dan dengan kuasa-Mu atas
makhluk,hidupkanlah aku selama Engkau ketahui bahwa kehidupan itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku. Aku memohonkepada-Mu agar aku selalu takut kepada-Mu, baik di kala sepi maupun ramai. Aku memohon kepada-Mu perkataan yang benar pada waktu marah dan tenang. Aku memohon kepada-Mu kesederhanaan di saat fakir dan kaya. Aku memohon kepada-mu nikmat yang tiada lenyap.Ya Allah, hiasilah kami dengan hiasan iman dan jadikanlah kami
orang-orang yang mendapat hidayah. Amin
(Dikutip dari Membersihkan Hati dari Gangguan Setan, karya Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyah, Penerbit Gema Insani Press)




berikan dia cinta...
agar terdidik dengan sempurna
menjadi pembela agama

TAHNIAH KAK LONG DAN ABG LONG, ATAS ANUGERAH BERHARGA.....

Al-Wajibat Akthar Min Al-Auqat

Al-Ayyam fi Hayati

About this blog

~RADZIAH ABU BAKAR~



KEEP LEARNING

CERNA MINDA

Kekuatan jiwa itu diterjemahkan dalam tekad membaja yang tidak pernah lemah
Kesetiaan teguh yang tidak dicemari pengkhianatan pengorbanan yang tidak terhalang oleh keserakahan dan kekikiran
Pengetahuan dan keyakinan serta penghormatan yang tinggi terhadap ideologi yang diperjuangkan

Jiwaku~Bait Solehah~

  • Dayang Nur Fitriana
  • Dewi Ratu Norasyikin
  • Halimah
  • Haryani
  • Khairunnisaa'
  • Lina Marhaini
  • Nazirah
  • Nik Nadia Izyan
  • Sylati
  • Wan Mazni

AKU PUTERI

~Patuh pada Tuhannya (ALLAH)
~Mencintai Kekasihnya (Rasulullah)
~Taat ibubapanya
~Qudwah terhadap bawahannya
~Meneladani atassannya
~Prihatin terhadap sahabatnya
~Mengasihi yang lebih muda
~Menghormati yang lebih tua
~Penuntut ilmu yang ikhlas
~Pekongsi ilmu yang tak pernah lelah

(Ya Allah, bentuklah aku menjadi insan sebegini)

LANGKAH SRIKANDI

~Redha Allah matlamat hidupnya
~Luar biasa langkahnya
~Mati syahid cita-citanya
~Yang banyak menangis kerana penciptaNya
~Yang kental jiwanya
~Banyak berkorban untuk perjuangannya

(Ameen, kabulkan Ya Allah)

Followers