Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan menggunakan cara halus.

InsyaAllah, pada kali ini saya cuba menghuraikan serba sedikit salah satu cara penjajahan Barat terhadap negara Umat Islam iaitu menukar dan menghapus bahasa tempatan Umat Islam dengan menggunakan cara halus.

Bersesuaian dengan isu yang beberapa minggu lepas hangat diperkatakan, namun tiada sebarang keputusan yang ditetapkan. Isu PPSMI kian sepi.Emm, bukan itu yang mahu saya katakan.

Pokoknya, mungkin boleh saya katakan PPSMI adalah salah satu agenda mereka untuk menghapuskan bahasa tempatan Umat Islam.Jika di Malaysia, rakyat berbangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu lebih sinonim dan kebanyakannya beragama Islam.Sebab itu saya katakan, PPSMI adalah satu agenda barat untuk menjatuhkan Umat Islam.

Jika dulu, saya masih kesamaran dalam isu PPSMI, sehingga saya tidak begitu sensitif dalam perjuangn membantahnya. Tapi setelah saya menjumpai fakta ini, barulah saya faham kenapa orang ramai sangat sensitif dengan isu ini. Dan kini, saya telah menjumpai jawapannya. Bagaimana cara halus mereka gunakan? Pendidikan. Contoh yang jelas dah ada di depan mata, PPSMI. Selain itu, media massa dan media elektronik juga berperanan besar. Kita saksikan kini kebanyakan drama Melayu lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak.

Malah individu sekeliling kita juga lebih suka dan berbangga menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan seharian, sehinggakan mereka merasa malu untuk bercakap menggunakan bahasa ibunda dan memandang jelek kepada mereka yang menuturkannya.

bersambung..

Zaman sekolah dulu saya sering mendengar sahabat saya menyatakan.
"manusia selagi tak kenal akan dirinya, maka dia takkan kenal Tuhannya".

Saya juga sering mengulang-ulang dengar rakaman ceramah motivasi Dr. Fazilah Kamsah, antara kenyataan yang saya ingat sampai sekarang..
"Sebelum tidur...maafkan semua orang."

Saya bertanya kepada sahabat saya, kenapa dia selalu menyebut ayat tersebut. Bunyinya sangat simple.malah, saya menganggap tiada yang istimewa pun pada ayat yang sering diulang-ulang, naik muak dan meluat adalah jugak kadang-kadang.

Sahabat saya berkongsi, selagi kita tak kenal diri kita, kita takkan kenal Tuhan kita. Analoginya mudah, jika kita belum sedar bahawa kita ini hamba, kita ini khalifah, kita ini ciptaan oleh yang Menciptakan, selagi itulah kita akan berbuat sesuka hati tanpa memikirkan apa tujuan sebenar kita dijadikan. perlakuan kita seolah-olah diri kita adalah milik mutlak kita.

Berbeza jika kita menyedari kita adalah hamba allah, sudah pasti kita akan sentiasa patuh akan arahanNya, jika kita sedar kita hamba, takkan kita tinggalkn tugas dakwah ini, dan jika kita sedar kita ciptaan Allah, pasti hidup kita berlandaskan aturan yang ditetapkanNya.

maka, dari itu kita sedar siapa kita dan kita kenal Tuhan yang menciptakan kita.

Pemuda harapan bangsa, golongan berdarah muda yang diharapkan mampu merancakkan agenda perjuangan yang matlamat akhir zahirnya sebuah Khilafah Islamiyah.

Benar kita masih ada golongan pemuda yang berjuang bermati-matian untuk menegakkanya, malangnya kita lupa bahawa golongan para pemuda kini diancam virus kepupusan dan kelesuan.

Kita semua telah sedia maklum bahawa akhir-akhir ini negara umat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran,kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.

Jika dulu umat Islam diperangi dengan cara peperangan merampas tanah air, tapi kini peperangn itu masih terus berlangsung dalam wajah yang berbeza. Jika mereka melakukan kezaliman terhadap umat Islam, merampas harta benda dan kekayaan, membunuh, menghapuskan generasi pewaris,memusnahkan rumah tangga, peperangan sebegitu tidaklah begitu teruk impaknya jika dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap umat Islam dalam bentuk menaburkan racun-racun tamadun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan Sains yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh.

Jelas kelihatan kini pihak musu semakin meggandakan usaha untk menjatuhkan umat Islam. Banyak contoh yang boleh didiskudikan di sini, antaranya:

Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.

Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan menggunakan cara halus.

Membentuk angkatan baru yang buta(jahil) Islam.

Rujukan:
Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini
Abul A'la Al-Maududi

Bersambung...

Beberapa hari saya bercuti di rumah sebelum memasuki sem 3 di UIA. Merancang untuk menjenguk-jenguk sekolah yang lama saya tinggalkan tapi tidak tercapai. Sehari sebelum keberangkatan saya ke KL, kami sekeluarga menerima khabaran gembira, adik saya yang ke-5, Rabihah mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Kuala Nerang Kedah, juga akan mewarisi perjuangn saya di bumi UIA (Benl) dan sedang berkira-kira untuk menghadiri temuduga maktab. EM, kalau saya dulu, tak perlu pening kepala untuk memikirkan halatuju sebab hanya menerima tawaran dari UIA..tapi adik saya bergundah gulana, mana satu yang mahu dipilihnya.

Setelah mengambil masa berfikr dan saya menyarankan adik saya solat istikharah, akhirnya dia memilih untuk mendaftarkan diri di UIA.

Lewat petang itu, kami sekeluarga menuju je Bandar Kota Bharu, membeli sedikit kelengkapan, ummiku bersuara...

"Hmm, bimbanglah ummi bihah masuk UIA, nanti masuk Jemaah Islamiyah macam Yah"
Aku tergelak kecil. Telah lama ku doktrin ummiku, aku tak pernah join Jemaah Islamiyah yang mengebom Bali tu.
"Ummi, Yah tak masuk Jemaah Islamiyah, Yah cuma masuk usrah..."
"Hmm, masuk usrah nanti sibuk, tak sempat baca buku, lepas tu pointer rendah. Bihah, tak payah join usrah ye.." saran ummiku.
"eh eh mana boleh ummi. bihah kena masuk usrah."Aku mula mencucuk jarum.
"Ummi, kat KL apa2 saja boleh berlaku, gejala sosial sangat berleluasa, kalau kita tak mencari usrah, mudah sangat kita terpengaruh.Kalau masuk usrah , sekurang-kurangnya ada kawan yang sudi menegur kalau kita buat silap. ummi nak ke anak ummi ni terpengaruh dengan gejala yang ntah apa2 tu?"aku mengasak.
"Emmm, takpelah, masuk usrah jelah, tapi jangan masuk jemaah Islamiyah."
Yeah, suntikanku berjaya.
Abah menambah " Masukla usrah tu, tak sibuk mana pun, masuk U bukan untuk belajar je, masukla jugak usrah tu..."
Yeah, aku ada penyokong setia rupanya.

UIA kata...pelajar tak boleh berniaga melainkan dengan izin pihak UIA,
tapi saya tengok ramai yang berniaga( kerepek atau makanan ringan) tanpa kebenaran, malah ada yang menggunakan peralatan elektrik yang diharamkan(oleh UIA) semata-mata untuk menyediakan makanan yang ingin dijual.

Persoalan-persoalan yang ingin saya timbulkan:-
1.Bolehkah pelajar tersebut berniaga sedangkan terang-terang UIA melarang perbuatan tersebut melainkan dengan izin.
2. UIA melarang pelajar membawa beberapa peralatan elektrik dan mengizinkan sesetengahnya.Masalahnya di sini, pelajar yang berniaga ini membawa peralatan yang diharamkan, dan menggunakannya untuk urusan perniagaan.

Dan ana ada satu lagi soalan:
" seorang pelajar ni, dia mendaftar untuk belajar sem 3, tetapi dia tidak mendaftar untuk mahallah/penginapan, dan dia squatting di bilik kawannya, dan berkongsi membayar yuran mahallah/penginapan.Hmm, agak2 boleh tak?

*UIA mengharamkan squatting!!!!
*dulu ada kempen di UIA "ZERO SQUATTING ZONE"

Huhu, sesiapa yang ada pendapat berkenaan isu yang saya timbulkan ini, saya mengalu-alukan. Jika bleh sertakan juga dengan dalil nas, itu lagi terbaik. Dan cuba elakkan memberi pendapat berpaksikan emosi dan logik akal semata...tata.=)

Indah barangkali, kita bebas melakukan apa saja tanpa kongkongan dan kekangan. Bangga barangkali,kehidupan yang kita lalui seharian tampak mudah dan lancar. Mudah dan sangat mudah.

Pedih barangkali, nak buat itu dan ini semuanya tak boleh.Sakit barangkali dipaksa melakukan sesuatu yang kita tidak suka.Pedih, sakit dan perit.

Itulah namanya warna-warni kehidupan.(alwaanulhayat).

Aku dan dia...ini rahsia aku dan dia. Setelah sekian lama kusimpan rahsia ini, saat ini aku mahu kongsi bersama kalian.Tak tahan barangkali memendam sorang-sorang.

Keluargaku..biasa2 saja, namun fikrah mereka fikrah Islam, menyokong dan mendokong perjuangan parti Islam. keterlibatanku dalam gerakan disambut dingin mereka..dingin..tapi itu dulu

Semasa pengajianku di Matrikulasi UIA PJ, aku mahu pulang ke Kelantan atas komitmen sebagai AJK program di sana,kosnya ditanggung sendiri, namun aku tidak berterus terang pada family aku gunakan duit sendiri, kataku aku mendapat support dari program. Entah macam mana, famili aku tahu aku gunakan duit sendiri dan mereka kurang berpuas hati. ( familiku "sesak"). Dua minggu kemudian, kakakku telefon: "Yah, ada orang bagi zakat padamu, RM200."
Aku katakan pada kakakku, duitku habis RM65 untuk balik Kelantan handle program, Allah gantikan RM65 dengan RM200, berbaloi bukan?

Aku sedih, kadangkala kakakku sendiri sedikit membantah keterlibatanku dengan gerakan, isu utama yang ditimbulkan kewangan, sedih tak terkata sehingga cara terakhir yang aku gunakan, hanya doa..doa dan terus berdoa, moga Allah lembutkan hati mereka menerima diriku seadanya.Dalam diam aku kurang yakin berkesankah cara ini, namun doaku tidak henti..

Sehingga suatu hari, Allah mahu mambuka mataku, sebelum mendaftar di UIA Gombak aku perlu hadiri satu program di Kuala Lumpur, dan ketika itu aku di Kelantan. Malangnya memang aku tidak berduit, familiku tidak berduit, berbaki saja kurang lebih RM10 dalam saku ayahku..

Aku nekad menjual handsetku yang buruk, kurang2 lepas tiket untuk ke KL, urusan pulang ke Kelantan, no 2.Tapi last2 aku decide, gtau kat seniorku, aku enggak punya wang barang sesen untuk ke KL, Alhamdulillah kakak seniorku membantu.

Petang sebelum bertolak ke KL keesokan paginya, makcik menjual karipap segera memasuki laman rumahku, berhenti seketika, seminit dua kemudian, abahku menyusul masuk ke dapur, memegang dua polisterin berisi karipap segera di dalamya(karipap kuih kegemaranku).

Kata abah" Nah, ambik karipap ni, pagi esok goreng, buat sarapan sebelum ke KL dan selebihnya buat bekal perjalanan, makan dalam bas."

Aku menyambut bungkusan penuh haru..haru dan terharu...

KINI..

Ummi: Yah stat cuti bila, balik rumah bila..?
Aku: em, 18 habis exam, tapi balik lambat skit..
Ummi:Oh, ada program ye...
Aku: Ya...=)
Ummi: ok, takpe, nanti bgtau la tarikh bila balik Kelantan.
Aku:Ok..

Nak terlibat gerakan, ada halangan famili???? Usah putus asa, berdoalah tanpa jemu, doa tu senjata orang mukmin. Pintalah dariNya, Dia ar-Rahman, Dia ar-Rahim, kita takkan dikecewakan....

"Ya Allah, Kau pemilik hati Abahku, Kau pemilik hati ummiku, kau pemilik segala yang ada di langit dan di bumi serta seluruh isinya, lembutkanlah hati Ummi Abahku, supaya mereka merestui perjuanganku, serta jadikan aku Hamba yang taat padaMu serta anak yang taat pada kedua orang tuaku.."

HATIKU MILIKMU
LANGKAH DAN TERUS MELANGKAH

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta".(Al-Ankabut:2-3)

Saya kira kalian sering mendengar ayat ini, malah menghadamnya, menjadikan ia ayat motivasi barangkali, dan ayat teras..

Sebelum ni saya pernah dengar, ujian yang Allah timpakan ke atas setiap hambanya bertujuan meningkatkan lagi iman seseorang, Kerana manusia akan kembali mengingati Allah, meletakkan pergantungan hanya pada Allah bila ditimpa ujian.

Namun tak kurang pula yang menyalahkan takdir, mengatakan bahawa hidupnya sial, nasib tak baik sampai kiamat dan pelbagai kata nista lagi..

Apa yang penting setiap kali kita ditimpa ujian, cubalah didik diri kita supaya sentiasa husnu zon (bersangka baik) dengan Allah. Mungkin selama ini kita leka dan asyik dengan urusan dunia, jadi Allah timpakan ujian supaya kita ingat kepadaNya, kembali dan mengharapkanNya, supaya kita sedar bahawa kita berTuhan dan berTuan.

Ujian itu juga bertujuan meningkatkan iman seseorang. bila mana ditimpa ujian, hamba yang taat akan redha dan pasrah, malah cuba menghadapinya dengan tenang, meminta pertolongan hanya pada pemilik dirinya, kerana pemilik diirnya lebih arif apa yang terbaik buatnya.

"Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" (Al-Fatihah:5)

"Dan mintalah pertolongan dengan SABAR dan SOLAT"

Tertarik saya dengan satu artikel dari laman sesawang iluvislam.com yan berbicara soal cabaran dalam hidup. Suka untuk saya memetik sedikit bait-bait kalimah dari artikel tersebut:

(kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.)

Seruan kepada diri sendiri dan juga sahabat2, bersyukurlah dengan tiap ujian dan nikmat yang dikurniakan. kerana 'nikmat ujian' dan 'nikmat nikmat' itu kedua-duanya adalah ujianAllah buat hambaNya..

LANGKAH DAN TERUS MELANGKAH

Al-Wajibat Akthar Min Al-Auqat

Al-Ayyam fi Hayati

About this blog

~RADZIAH ABU BAKAR~



KEEP LEARNING

CERNA MINDA

Kekuatan jiwa itu diterjemahkan dalam tekad membaja yang tidak pernah lemah
Kesetiaan teguh yang tidak dicemari pengkhianatan pengorbanan yang tidak terhalang oleh keserakahan dan kekikiran
Pengetahuan dan keyakinan serta penghormatan yang tinggi terhadap ideologi yang diperjuangkan

Jiwaku~Bait Solehah~

  • Dayang Nur Fitriana
  • Dewi Ratu Norasyikin
  • Halimah
  • Haryani
  • Khairunnisaa'
  • Lina Marhaini
  • Nazirah
  • Nik Nadia Izyan
  • Sylati
  • Wan Mazni

AKU PUTERI

~Patuh pada Tuhannya (ALLAH)
~Mencintai Kekasihnya (Rasulullah)
~Taat ibubapanya
~Qudwah terhadap bawahannya
~Meneladani atassannya
~Prihatin terhadap sahabatnya
~Mengasihi yang lebih muda
~Menghormati yang lebih tua
~Penuntut ilmu yang ikhlas
~Pekongsi ilmu yang tak pernah lelah

(Ya Allah, bentuklah aku menjadi insan sebegini)

LANGKAH SRIKANDI

~Redha Allah matlamat hidupnya
~Luar biasa langkahnya
~Mati syahid cita-citanya
~Yang banyak menangis kerana penciptaNya
~Yang kental jiwanya
~Banyak berkorban untuk perjuangannya

(Ameen, kabulkan Ya Allah)

Followers